Panasnya Hari Ini

BN Kekal Di Kedah Jika Najib Berundur – Mukhriz

KUALA LUMPUR: Peluang kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kekal menjadi kerajaan di negeri Kedah akan terlaksana sekiranya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, hanya dengan pengunduran Najib sahaja dilihat dapat mengekalkan BN untuk terus kekal di negeri jelapang padi itu.

Tambahnya lagi, perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri perlu dilakukan bagi memastikan Kedah terus diperintah oleh BN memandangkan imej UMNO pada ketika ini tercalar dengan pelbagai skandal dan isu yang dihadapi oleh Najib.

“Kalau pimpinan dapat melalui proses transformasi, apa yang diharapkan rakyat dan ahli UMNO itu akan selamatkan keadaan. Saya tak kata akan terus kalah, tapi kalau ada perubahan kepimpinan parti, kalau Najib undur sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, peluang untuk menang masih ada.

“Tapi kalau beliau masih menerajui parti sampai PRU ke-14, maka saya tak yakin kita boleh menang (di Kedah.

“Yang menjejaskan imej parti ialah tak lain dan tak bukan ialah presiden parti sendiri,”katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerlun itu juga masih mengharapkan agar BN terus kekal memegang tampuk pemerintahan negeri jelapang padi itu.

Beliau bagaimanapun dilaporkan berkata, peluang untuk terus kekal di Kedah amat tipis sekiranya tiada sebarang perubahan berlaku terhadap pucuk pimpinan parti.

Jelas beliau, ini kerana rakyat pada masa ini melihat politik yang melibatkan pemimpin Kedah sebagai satu penindasan.

“Buat masa ini, saya ingat peluang untuk kekal kerajaan (Kedah) agak tipis. Bukan kerana saya tidak lagi menjadi menteri besar atau pengerusi perhubungan, tetapi kerana kerakusan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan yang kini dirasai rakyat Kedah serta menganggap itu satu penindasan.

“Jadi atas sebab itu mereka (rakyat) rasa bahawa UMNO dan BN tidak layak untuk menerima sokongan rakyat,”ujarnya.

Terdahulu, Mukhriz disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari lalu dan jawatannya itu digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Penyingkiran beliau dilakukan berikutan Ahmad Bashah mengumumkan bahawa UMNO Kedah tidak lagi menyokong beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");