Panasnya Hari Ini

“PAS Tak Mungkin Ingin Bergabung Dengan Kita”- PSM

KUALA LUMPUR:Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa parti itu akan bersama-sama PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Menurut Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan, adalah mustahil bagi parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan bahawa parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac yang bakal menjadi pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Sivarajan turut memberitahu bahawa parti itu tidak mengetahui sama ada Pas akan bergabung dengan mana-mana parti lain.

“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.

Foto: freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");