Sukan Hari Ini

Tambah luka Merah Kuning

Kuala Terengganu: Terengganu berhasrat mengambil kesempatan ke atas aksi goyah Selangor untuk kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak malam ini.

Pemain kreatif skuad Peteh Affize Faisal Mamat berkata, walaupun skuad Merah Kuning dibarisi ramai pemain berpengalaman, mereka percaya dapat menambah luka Selangor selepas juara Piala Malaysia itu kecundang dalam saingan Piala FA dan Piala AFC.

Bekas pemain tengah Harimau Muda A itu berkata, kehadiran semula beberapa tonggak utama yang cedera termasuk dua pemain import Gustavo Lopez dan Issey Nakajima Farran selain Ismail Faruqi Ashari serta Zairo Anuar Zailani, membuatkan skuad bimbingan Mike Mulvey dilihat lebih mantap untuk menghadapi pertemuan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Kami mampu menang. Saya juga tidak melihat kami menghadapi kesukaran untuk memecah benteng Selangor kerana mempunyai pemain berkualiti terutama import.

“Justeru, kami yakin mengutip mata penuh dengan mengambil kesempatan ke atas persembahan Selangor yang kebelakangan ini tidak meyakinkan selepas tewas dua kali dalam saingan Piala FA dan Piala AFC,” katanya.

Keyakinan sama disuarakan penyerang muda berbakat Amirul Syahmi Asha’ri, 22, yang mengakui skuad Penyu mampu menyaingi lawan walaupun lawan memiliki reputasi hebat.

Amirul Syahmi yang meledak dua gol ketika membantu pasukannya menang 2-1 ke atas Pahang turut gembira apabila abangnya Ismail Faruqi sudah pulih daripada kecederaan selepas berehat lebih sebulan.

“Jika diberi peluang, saya bertekad menambah koleksi jaringan peribadi,” kata penyerang berasal dari Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");