Panasnya Hari Ini

Annuar Jangan Mereka Cerita – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa diberi peringatan agar tidak mereka-reka cerita dan membuat andaian mengenai kisah-kisah lama kerana kesemua andaian tersebut tidak tepat.

Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, UMNO perlu memberi fokus kepada isu kemelut masa kini yang menjadi polemik serta meruncing sehingga rakyat telah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

“Jangan cuba nak alihkan pandangan. Ketua Penerangan UMNO yang imej pun tak berapa bersih pada suatu masa dahulu pun pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), janganlah nak cakap pasal isu lapuk di zaman silam.

“Pemimpin UMNO masa kini terpaksa berbohong untuk menegakkan benang yang basah. Mereka menipu dan reka cerita terlalu banyak hingga bercanggah di antara satu sama lain,”katanya menerusi laman Facebook beliau.

Khairuddin turut memberi contoh dimana Najib berkata di Parlimen bahawa SRC International tidak tahu mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

“Tetapi pada bulan Januari yang lepas, Peguam Negara kata duit tersebut masuk dari syarikat SRC International tetapi tiada bukti untuk menunjukkan Najib beri sebarang arahan.

“Reka cerita untuk mencipta alasan pun tak konsisten. Macam mana rakyat nak percaya dan diyakini. Mereka nak menipu pun tak pandai,”tegas beliau.

Kata beliau lagi, imej UMNO akan bertambah parah sekiranya Annuar terus bercakap mengenai parti tersebut.

“Lagi banyak Annuar bercakap, lagi parahlah imej UMNO. Jadi baik Annuar jadi Ketua Penerangan bisu lagi bagus untuk selamatkan parti UMNO dari terus ditolak rakyat,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");