Panasnya Hari Ini

“Tiada Desakan Untuk Tukar MB Terengganu”

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik UMNO Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafie menegaskan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, masih diberi mandat dan kepercayaan untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Ekoran itu beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar akan berlaku di negeri tersebut.

Tambahnya lagi, kepemimpinan Ahmad Razif mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada 15 wakil rakyat UMNO tetapi juga rakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Biarpun wujud usaha menjatuhkan Ahmad Razif melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, ia tidak berjaya mempengaruhi wakil rakyat BN.

“Tiada desakan untuk menukar Menteri Besar, semua wakil rakyat BN negeri bersepakat untuk terus memberi sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ahmad Razif.

“Tiada seorang wakil rakyat BN negeri ini berjumpa dengan Presiden UMNO mendesak pertukaran Menteri Besar dilakukan seperti disebarkan melalui laman sosial Facebook (FB),” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu,pada 8 Mac lalu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada persidangan DUN Terengganu.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul itu kerana didapati tidak memenuhi syarat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");