Panasnya Hari Ini

Tidak Layak Wakili Rakyat Kelantan

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan bahawa Deklarasi Kelantan tidak layak untuk mewakili rakyat Kelantan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, beliau menegaskan bahawa deklarasi berkenaan hanya dipersetujui oleh beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja.

Beliau juga yakin bahawa rakyat Kelantan yang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Pusat tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak lihat ia mewakili seluruh rakyat Kelantan, kerana Kelantan mahukan sesuatu yang lebih baik, saya percaya mereka yang mendokong menuntut royalti tidak akan mendokong Deklarasi Kelantan,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, kenyataan berkenaan Deklarasi Rakyat yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memberi kesan adalah pembohongan semata-mata.

Ujarnya, kesan daripada Deklarasi Rakyat berkenaan telah memaksa parti UMNO untuk mengadakan deklarasi di peringkat negeri.

“Ini menunjukkan bagaimana berkesannya Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Tun Mahathir. Walaupun mereka menyatakan deklarasi itu tidak berikan kesan apa-apa, tetapi deklarasi itulah menjadi asas kepada pemecatan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas,” katanya.

Terdahulu, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Mustapha Mohamed semalam telah menandatangani satu Deklarasi Kelantan untuk menunjukkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");