Panasnya Hari Ini

Wujud Pertikaian Dari Segi Moral, Jika Terima Tawaran Rumah Murah

KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi berkata, beliau tidak akan menerima tawaran penjualan rumah yang murah seperti  isu pembelian rumah banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut ADUN DAP itu, walaupun Guan Eng tidak bersalah dari segi undang-undang jika pembeli telah bersetuju dengan harga jualan rumah, tetapi ia akan mewujudkan pertikaian dari segi moral.

Tambahnya, kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri dalam isu itu turut mewujudkan persoalan dalam kalangan pengamal media.

“Jika hal ini berlaku kepada saya, saya tidak akan menerima (tawaran jualan).

“Hal ini bagaimanapun tidak membabitkan soal betul atau salah, ia bergantung kepada pendirian dan pegangan perseorangan,” katanya memetik sumber laporan Freemalaysiatoday.

Beliau turut menceritakan kadang-kala akan terserempak dengan penyokong dan penjaja yang menawarkan makanan percuma.

Bagaimanapun beliau akan bertindak membayar selepas mengucapkan terima kasih kepada penjaja berkenaan.

foto-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");