Panasnya Hari Ini

Tidak Perlu Buang Masa Layan Adnan Mansor

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, orang ramai tidak perlu membuang masa untuk melayan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Khairuddin juga menyifatkan Tengku Adnan sebagai penipu apabila mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan itu menggunakan gelaran ‘Tengku’ palsu.

“Adnan Mansor ini pada diri dia sendiri pun dia menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu. Dengan rakyat pun dia boleh menipu dengan menggunakan gelaran palsu.

“Siapa dia nak cakap semua tokoh-tokoh yang menandatangani Deklarasi Rakyat sebagai kebudak-budakan.

“Tapi apa pun, kadang kala tak perlulah kita buang masa nak layan kaki bodek minda lemah otak udang macam Adnan Mansor ini. Suruh dia buka laman sosial media dan bacalah apa saja komen rakyat terhadap dia,”katanya menerusi laman Facebook miliknya, petang tadi.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencabar Tengku Adnan untuk meletak jawatan di Parlimen Putrajaya dan bertanding di dalam pilihan raya kecil dengan beliau.

“Dulu dialah penjilat kaki Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) yang utama. Manusia yang tak tahu kenang budi macam Adnan Mansor ini mesti ditolak secara total. Dia dah tidak relevan lagi.

“Tun Dr Mahathir yang acu karier politiknya suatu masa dulu. Naik dengan Tun Mahathir dan ikut Tun Mahathir ke hulu ke hilir pada suatu masa dahulu tapi kini, sekurang-kurangnya janganlah terlalu biadap pada bekas bos dia,”tegasnya.

Kata Khairuddin lagi, perkara tersebut tidak menghairankan kerana itu merupakan budaya dan cara hidup pemimpin UMNO pada masa kini.

“Namun tidak menghairankan sama sekali. Ini budaya dan cara hidup pemimpin UMNO. Sanggup sokong pemimpin mungkar dan korup demi pangkat, poket serta perut.

“Mereka dah tak kenal haram halal lagi. Mereka lebih takut pada tokoh pemimpin korup dari Allah SWT.

“Sama-samalah kita lihat nanti apa penyudahnya terhadap pemimpin-pemimpin haprak macam ini kelak,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");