Jenayah

Polis buru 4 suspek rosakkan pejabat ahli perniagaan

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan empat individu lelaki dipercayai ceti haram kerana melakukan perbuatan khianat ke atas sebuah pejabat seorang ahli perniagaan di Taman Industrial Shah Alam, Seksyen U1 di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada 2.30 petang itu, tingkap premis berkenaan dipecahkan dan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan premis berkenaan, dirosakkan.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek yang bertopeng dilihat membawa parang dan kayu, malah seorang daripada suspek turut dilihat merakam perbuatan berkenaan.

“Kejadian dipercayai berkaitan dengan masalah hutang ahli perniagaan itu dan jumlah kerugian masih dalam siasatan” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Remaja Berwawasan 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda di sini hari ini.

Menurut Shafien, semasa kejadian ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 40-an itu dan seorang pekerjanya berada di dalam premis berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan mengugut.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Shafien berharap pelajar dapat menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti jenayah.

“Saya juga mahu mereka lebih berhati-hati terhadap sebarang kegiatan yang mencurigakan supaya tidak menjadi mangsa kepada penjenayah,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");