Isu Panas

‘Tok Yie’ ke Tanjung Rambutan

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini, semalam, mengarahkan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tok Yie’ dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak, untuk menjalani rawatan psikiatri.

Terdahulu, ‘Tok Yie’ atau nama sebenarnya Mohd Hasri Razali, 30, dari Kampung Baloh, Bukit Payong, Marang, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan membawa senjata berbahaya di tempat awam iaitu sebilah parang panjang di Balai Polis Bukit Payong, Marang, jam 7.20 pagi, 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, ‘Tok Yie’ berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jidah Mohd Jusan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Seterusnya, Mohd Azhar menetapkan 10 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kesihatannya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang anggota bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Bukit Payong Marang, berdepan detik cemas apabila seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tok Yie’ secara tiba-tiba naik angin di balai polis terbabit.

Lelaki berusia 30 tahun yang datang bersama seorang rakan terlebih dahulu meminta izin tidur di balai polis dengan alasan dirinya terancam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");