Panasnya Hari Ini

Tun M Keluar UMNO, Adalah Perkara Biasa- Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyifatkan keputusan yang diambil bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar dari UMNO sebagai perkara biasa dan hak beliau sendiri.

Ujarnya, sebelum ini juga Tun Dr. Mahathir pernah keluar UMNO dan tindakannya itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti terbesar orang Melayu itu.

“Keluar parti ni perkara biasa kerana itu hak dia. Kalau dia keluar sekali lagi, itu biasalah pada dia dan pada kami,” katanya kepada media mengulas tindakan Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO semalam.

“Pertama kali dia keluar (UMNO) pun orang ramai kata UMNO akan terjejas. Saya tengok UMNO makin kuat. Sekarang, dia keluar kali kedua.

“Pada saya dan rakyat Kedah, dia berada dalam UMNO atau dia berada di luar UMNO, sama sahaja,” katanya memetik sumber MalaysiaGazette.

Terdahulu, semalam Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta buat kali kedua kerana mendakwa UMNO sekarang bukan lagi UMNO dahulu sambil mendakwa ia kini parti Najib.

Sementara itu, menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, rakyat memerlukan Najib dan akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri itu dalam mentadbir parti dan membawa negara ini ke destinasi yang lebih baik.

“Hari ini dia (Mahathir) menunjukkan protesnya kepada Najib. Kita tahu dia akan kembali kepada parti dengan syarat Najib tinggalkan UMNO. Itu tidak akan berlaku kerana kita mahu Najib terus mentadbir parti dan negara kita ini.

“Komitmen kita kepada Najib ialah tidak akan berundur dan tidak akan mengaku kalah. Kita mahu Perdana Menteri sekarang terus tadbir parti dan bawa negara ini ke destinasi yang baik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Jelasnya lagi, jika Mahathir meninggalkan parti hari ini ia merupakan perkara biasa kepada UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");