Panasnya Hari Ini

Tun M Tak Dapat Sokongan, Digesa Hormati Suara Majoriti

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar bahawa beliau tidak mendapat sokongan dan digesa untuk menghormati suara 22,000 UMNO bahagian serta cawangan, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri itu berkaitan dakwaan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah merupakan dalang yang merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengubah pendirian kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

“Bukti yang jelas bahawa Dr Mahathir di sebalik semua ini. Beliau mungkin cuba menggunakan Tengku Razaleigh tetapi gagal, itulah sebab beliau tahu mengenainya.

“Jika dakwaan Dr Mahathir adalah benar dan ini menunjukkan Tengku Razaleigh seorang demokrat yang sebenar.

“Beliau (Tun Mahathir) secara jelas tidak mendapat sokongan, jadi kita gesa beliau supaya menghormati suara 22,000 UMNO bahagian dan cawangan,”tegasnya, lapor mStar.

Terdahulu, Tun Mahathir semalam mendakwa bahawa Tengku Razaleigh telah bertemu dengan beliau untuk membincangkan tentang undi tidak percaya terhadap Najib.

Dakwa Tun Mahathir lagi, Tengku Razaleigh bagaimanapun mengubah pendirian dengan menyokong Perdana Menteri selepas tidak mendapat sokongan yang mencukupi dalam kalangan Ahli Parlimen di Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");