Panasnya Hari Ini

UEC: Rakyat Sarawak Jangan Tertipu Janji Manis BN

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin memberi peringatan kepada rakyat Sarawak supaya tidak mempercayai janji manis Barisan Nasional (BN).

BN tegasnya pernah berjanji pada pilihan raya lalu untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), namun sehingga kini jawapan yang diberikan kerajaan adalah sebaliknya.

“Sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat dua hari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk P Kamalanathan menyatakan UEC tidak diiktiraf atas sebab kepentingan negara dan juga kedaulatan negara,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh jelas menunjukkan beliau menolak UEC.

“Apa yang dikatakan sebelum pilihan raya adalah 95% selesai dan berbaki lima peratus lagi yang belum selesai. Ini terbukti semua bohong,” katanya.

Terdahulu, pada September tahun lalu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah mengumumkan Sarawak akan mengiktiraf UEC dan pemegang sijil itu boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam negeri berkenaan.

Malah pemegang UEC juga layak untuk mendapat pinjaman kerajaan negeri untuk melanjutkan pengajian di menara gading.

Foto:- freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");