Panasnya Hari Ini

‘Kembalilah Pada PAS Yang Kami Kenali Dulu’ – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, beliau amat mengharapkan agar PAS dapat kembali seperti dahulu dalam menentang ketidakadilan yang berlaku.

“Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Selama ini, saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, malam tadi.

Katanya lagi, ketika negara sedang berhadapan dengan skandal terbesar yang telah memberikan impak negatif pada maruah Malaysia, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani situasi tersebut.

“Tetapi PAS memutuskan untuk duduk ditepi. Dan apa yang lebih mengecewakan, Presiden PAS sendiri membuat kenyataan untuk menjadi penasihat UMNO. Adakah PAS sekarang menjadi subsidiari kepada UMNO?

“Isu 1MDB ini melibatkan korupsi, salah guna kuasa dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan isu-isu yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

“Apa yang PAS sedang lakukan? Islam menentang ketidakadilan. 1MDB adalah satu ketidakadilan,”ujarnya.

Ujarnya lagi, sewaktu PAS dibawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiada sesiapa yang boleh berkata bahawa PAS bersekongkol dengan UMNO atau sesiapa yang terlibat dengan rasuah.

“Tidak ada sesiapa yang boleh berkata bahawa PAS telah mengorbankan integritinya. Sekarang saya tak boleh lihat semua ini lagi.

“Tolonglah. Saya merayu pada PAS dan Presiden PAS, kembalilah pada PAS yang kami kenali dulu. Berjuanglah menentang ketidakadilan ini sebelum rakyat menentang ketidakadilan kamu,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");