Panasnya Hari Ini

“UMNO dan BN Menolak Persekongkolan Dengan Pembangkang”- Zahid

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa perpaduan dalam kalangan anggota UMNO masih kukuh walaupun terdapat usaha beberapa bekas pemimpin parti itu bertindak bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan pucuk pimpinan parti.

Ujarnya,anggota parti terus kukuh memberi sokongan terhadap kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun wujud ‘deklarasi rakyat’ yang dilaksanakan semalam oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pemimpin daripada pembangkang.

“UMNO dan BN menolak persekongkolan itu. Tidak terjangkau di benak fikiran rakyat tentang tindakan yang sebegitu keras diambil oleh tokoh-tokoh berkenaan terutamanya yang berstatus negarawan yang cuba mempengaruhi rakyat untuk menukar barisan kepimpinan negara yang telah dipilih secara sah melalui pilihan raya.

“Ia (deklarasi rakyat) adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak berpaksikan kepada kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama barisan kepimpinan UMNO Sabah di Bangunan UMNO Kota Kinabalu Sabah memetik sumber Bernama.

Tambahnya lagi tindakan yang bertindak untuk menggulingkan kerajaan menerusi sistem di luar perundangan seperti yang berlaku pada deklarasi rakyat adalah lebih kepada kehendak sekumpulan pihak tertentu yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti serta pernah mengetuai parti komponen BN.

“Tindakan itu jelas mempunyai agenda tersendiri yang tidak sulit untuk rakyat tafsirkan,” tegas Ahmad Zahid.

Beliau turut menyeru semua anggota UMNO dan parti komponen BN agar tetap bersatu dalam memperkukuhkan ikatan dalam parti berkenaan.

“Dalam keadaan inilah, kita di peringkat pusat dan negeri khususnya di bahagian akar umbi perlu berazam untuk memperkukuhkan dan memperkasakan perpaduan dalam kalangan anggota parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");