Sukan Hari Ini

Gesa pemain lebih agresif

Kuantan: Pahang dituntut bangkit mencatat kemenangan, sekali gus layak ke suku akhir Piala FA apabila melayan kunjungan Sime Darby FC pada aksi pusingan kedua piala itu di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pengurus pasukan Datuk Che Nasir Salleh berkata, layak beraksi di pusingan ketiga Piala FA dan kelebihan beraksi di halaman sendiri seharusnya dimanfaatkan dengan tidak melakukan kesilapan mudah.

Katanya, kekalahan 1-2 kepada Terengganu Selasa lalu pada aksi Liga Super perlu segera dilupakan kerana misi Piala FA lebih penting untuk melangkah lebih jauh.

“Saya percaya pemain mampu memberikan kemenangan tapi mereka perlu lebih agresif dan menambah bisa di bahagian serangan. Tapi jentera pertahanan diharap lebih bersedia.

“Kesilapan bahagian pertahanan pada aksi dengan Terengganu diharap tidak diulangi jika segala percaturan dilakukan mengikut perancangan yang diberikan Ahmad Shaharuddin Rosdi.

“Sudah tiba masanya pemain bangkit dan melakukan segala-galanya untuk mengembalikan prestasi terbaik sekali gus layak ke suku akhir piala berprestij itu,” katanya.

Che Nasir berkata, pemainnya tidak perlu mengikut rentak lawan sebaliknya memberikan tumpuan 100 peratus komitmen untuk mencapai misi lapan terbaik.

“Jentera serangan juga diharap lebih kreatif dan agresif untuk menggempur pertahanan Sime Darby biar pun lawan dilihat memiliki barisan pengalaman yang bertenaga,” katanya.

Difahamkan, pertahanan berpengalaman, Saiful Nizam Miswan yang tamat penggantungan kad merah akan kembali berada di posisinya malam ini.

Berbekalkan pengalaman dimiliki Saiful atau Poyeng, masalah kebocoran kubu skuad Tok Gajah dianggap selesai, malah memperkasakan kembali posisi pertahanan.-harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");