Jenayah

Ustaz Kasanova kena lagi

Kuala Lumpur: Lelaki yang digelar Ustaz Kasanova didenda RM4,000 dan penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah atas lima pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Razis Ismail, 34, selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh yang dibuat pada prosiding sebelum ini.

Mohd Razis mengaku bersalah pada 29 Februari lalu atas tiga pertuduhan cuba berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan tiga wanita lain berumur 24, 35, dan 30 tahun di antara 4 April 2010 dan 26 Ogos 2012 di tiga lokasi di Kedah, Golok, Thailand dan di sebuah rumah flat di Jalan Loke Yew di sini.

Dia turut membuat pengakuan sama bagi dua lagi pertuduhan bernikah dengan wanita berumur 24 dan 40 tahun tanpa mendapat kebenaran pendaftar mahkamah di antara 4 April 2010 dan 26 Mei 2012.

Pada 6 Mac lalu, tertuduh dipenjara 12 bulan dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita berusia 40 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 6 Disember 2012.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");