Sukan Hari Ini

Wenger mahu pemain fokus

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger mahu pemainnya melupakan seketika pertemuan menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara sebaliknya memberi tumpuan saingan suku akhir Piala FA bertemu Watford, malam ini.

Ini kerana menurut Wenger, pertemuan itu penting bagi membolehkan mereka mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga berturut-turut.

“Kami perlu melupakan Barcelona. Adalah penting bagi kami untuk menumpukan perhatian dan menang perlawanan Piala FA,” katanya.

Dalam pada itu, Wenger turut mengingatkan pemain The Gunners supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan walaupun turun selaku juara bertahan.

Berdasarkan rekod pertemuan, Arsenal turut memiliki kelebihan berbanding Watford apabila memenangi lima dalam pertemuan terakhir mereka.

“Adakah dengan rekod itu kita perlu yakin dan mampu untuk menang perlawanan itu?.

“Saya tak mahu pemain terlalu yakin kerana ia akan memakan diri sendiri dan akhirnya kita terlepas peluang mempertahankan kejuaraan,” tegas jurulatih berusia 66 tahun itu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");