Jenayah

1 maut, 1 hilang tertimbus pasir

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi hilang selepas tertimbus dalam kawasan perlombongan pasir di Jalan Kluang-Kota Tinggi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa pertama dipercayai warga Indonesia berusia lingkungan 30-an dapat dikeluarkan, manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi lelaki masih dijalankan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, anggota bomba giat menjalankan pemantauan di lokasi kejadian berikutan masih berlaku runtuhan susulan.

“SAR tidak dapat dijalankan ketika ini berikutan keadaan tidak selamat dan masih berlaku runtuhan pasir.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai tertimbus sedalam 15 meter,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142082

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");