Panasnya Hari Ini

1MDB : Malaysia Terima Tekanan Dari Negara Luar

KUALA LUMPUR: Penahanan dan proses ekstradisi terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif ‘Aabar Investments PJS Ltd’ 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny ke Amerika Syarikat oleh pihak berkuasa jelas membuktikan terdapat tekanan kuat daripada negara luar terhadap negara ini.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata demikian selepas membuat pendedahan mengenai penangkapan Mohamed, semalam.

“Ini menunjukkan ada tekanan negara luar termasuk Amerika Syarikat terhadap isu 1MDB,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Jelas Manivanan lagi, Amerika Syarikat mempunyai hak bagi melakukan siasatan berhubung isu 1MDB susulan kes tersebut telah mendapat liputan antarabangsa.

Beliau turut dilaporkan berkata, penahanan bekas pegawai Aabar itu berlaku pada 30 Mac, berdasarkan butiran yang diperolehi daripada laporan media antarabangsa.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kapar itu mendedahkan bahawa Mohamad telah ditahan di Abu Dhabi bagi membantu siasatan penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara dan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat.

Terbaharu, pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan berada di negara ini untuk berjumpa dengan beberapa individu dalam siasatan mereka ke atas 1MDB, lapor Reuters yang memetik sumber.

Skandal 1MDB kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di beberapa negara termasuklah Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");