Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak : PKR Masih Berbincang Dengan PAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata, partinya dan PAS masih lagi melakukan perbincangan berhubung keputusan PAS yang ingin bertanding di sebelas kerusi pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.

Jelasnya, semua kerusi yang ingin ditandingi PAS masih lagi di peringkat perbincangan akhir sebelum kedua-dua parti itu mengumumkan kerusi mana yang bakal ditandingi oleh parti Islam itu.

“Tak apalah, perbincangan nanti kita bincang (antara PAS dan PKR),”katanya, memetik laporan Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu perlawanan tiga penjuru pada kerusi yang akan ditandingi oleh rakan gabungan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak menolak pertembungan tiga penjuru antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) di 11 kerusi dun Sarawak yang ditandingi PAS.

Iskandar berkata, tidak kira apa juga keadaan, parti itu akan tetap bertanding di 11 kerusi seperti yang diumumkan PAS Pusat sebelum ini.

Azmin turut berkata, PH akan mengumumkan senarai akhir calon pilihanraya negeri itu selepas DUN dibubarkan 11 April di depan.

“Tunggu tarikh bubar (DUN Sarawak). Memang 11 haribulan April. Selepas bubar, kita bincanglah nanti (dengan parti gabungan PH),”ujarnya.

Suasana PRN Sarawak semakin terasa apabila Spekaer DUN, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengesahkan bahawa pihaknya telah menghantar surat pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi tadi.

Ujarnya, surat pembubaran yang ditandatangani Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud semalam itu adalah bertepatan dengan Perlembagaan Sarawak Artikel 21 (2) yang memberi kuasa mutlak kepada Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan DUN.

Sebanyak 82 kerusi DUN akan dipertandingkan kali ini setelah DUN Negeri itu meluluskan penambahan 11 lagi kerusi yang pada awalnya hanya 71 kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");