Perak Hari Ini

300 Peserta Kayak Sertai Perak River Endurance 2016

KUALA KANGSAR : Seramai 300 peserta kayak dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam Perak River Endurance yang bermula dari 29 April sehingga 2 Mei ini.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa hari ini berkenan untuk melepaskan peserta kayak dan basikal bersempena dengan Perak River Endurance yang bermula hari ini.

Acara pelepasan itu diadakan di Dataran Sungai Perak Indah, di sini pada jam 8 pagi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

PERAKTODAY

Penolong Pengarah Program, Aminuddin Mohammd berkata, seramai 300 peserta kayak telah mengambil acara dalam kayuhan kayak Perak River Endurance yang pertama kali dianjurkan.

“Pada peringkat pertama pada hari ini, peserta kayak akan berkayak daripada Kuala Kangsar dan akan berakhir di Parit.

“Selepas itu, para peserta akan ke Pasir Salak di mana peringkat kedua, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan melepaskan peserta kayak yang akan berkayuh sejauh sekitar 50 kilometer (KM) ke Teluk Intan,”ujarnya ketika ditemui.PERAKTODAY2

Ujarnya lagi, peringkat ketiga pula akan diadakan di Bagan Datoh bagi ‘time trial’ dan acara penutup akan dirasmikan oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Terdapat lapan kategori dipertandingkan iaitu Men’s Double Open, Womens Double Open, Mix Double Open, Government /Private Agencies (Men), School /IPT (Men), Men Local (Perak) dan International and Paralympics.

Aminuddin berkata, Perak River Endurance diadakan apabila melihat Sungai Perak merupakan satu aset yang berharga kepada negeri Perak yang mempunyai keindahan alam selain daripada mempunyai banyak warisan sejarah kesultanan awal negeri Perak.

“Idea ini wujud apabila pada ketika ini ramai anak-anak muda suka aktiviti berkayak tetapi mereka tidak ada peluang kerana tidak ramai yang menganjurkan aktiviti sebegini.

“Jadi kita merancang untuk mengadakan setiap tahun memandangkan pada penganjuran yang pertama ini ia menerima sambutan yang sangat menggalakkan,”ujarnya.

PERAKTODAY3

Beliau turut berkata, bagi jangka masa panjang, pihaknya akan memperbaiki dan menaiktaraf penganjuran Perak River Endurance bagi menarik pelancong asing dan penyertaan peserta asing dalam program ini.

Ujarnya lagi, hadiah keseluruhan bagi program ini adalah bernilai RM30,000 selain daripada medal dan sijil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");