Panasnya Hari Ini

Adenan Sedia Pertimbang Lanjut Tempoh Tinggal Azmin, Guan Eng Di Sarawak

KUALA LUMPUR:Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bersedia bagi mempertimbangkan permintaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk melanjutkan tempoh tinggal mereka di negeri Sarawak sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Memetik sumber Berita harian, Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan telah memaklumkan kesediaan Adenan dalam mempertimbangkan perkara itu sekiranya terdapat permohonan rasmi dibuat oleh kedua-dua pemimpin pembangkang terbabit kepadanya.

Malah, Adenan sebelum ini pernah mempertimbangkan permohonan individu bukan penduduk Sarawak untuk tinggal lebih lama di negeri ini atas alasan munasabah.

Terdahulu, Azmin dan Guan Eng mempertikaikan tindakan Kerajaan Sarawak, khususnya Jabatan Imigresen kerana hanya membenarkan mereka berada di negeri ini sehingga 2 Mei ini.

Malah turut mendakwa ia sebahagian daripada cara Barisan Nasional (BN) menghalang kempen pilihan raya pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");