Panasnya Hari Ini

ADUN DAP Akui Pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang Lemah

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu bersetuju dengan pendedahan dua rakan sejawatnya berkaitan kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Memetik sumber Berita Harian, Yee Chue berkata bahawa beliau juga turut menyokong dakwaan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikawal individu tertentu, serta mahu masalah itu diselesaikan dengan segera.

“Memang pentadbiran kerajaan negeri lemah dan ia dikawal individu tertentu. Malah, yang kawal pentadbiran negeri ini sebenarnya hanyalah (seorang) individu.

“Saya harap mereka (ADUN Berapit, Ong Kok Fooi dan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin) akan berjuang untuk pastikan perkara ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Kok Fooi Sabtu lalu, yang mengakui sistem pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang masih lemah dan menyebabkan kebanyakan masalah di negeri ini gagal diselesaikan dengan baik, selain ada yang masih berulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");