Panasnya Hari Ini

Ahli UMNO Tidak Boleh Persoal Isu Dana Derma RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa ahli UMNO tidak boleh persoalkan dan perlu menerima penjelasan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana politik RM2.6 billion yang didermakan keluarga Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Ujarnya, ahli UMNO tidak boleh mempersoalkan sama ada betul atau tidak (Najib terima dana) kerana negara ini tidak ada undang-undang melarang parti politik menerima dana atau derma.

Tambahnya lagi, pemimpin UMNO hanya perlu menjelaskan setakat apa yang perlu dijelaskan kepada ahli UMNO kerana ia melibatkan isu dana pilihan raya atau dana politik.

“Kalau kita nak mempersoalkan keseluruhan dana politik dalam keadaan musuh kita (pembangkang) tidak berbuat demikian, ia adalah tindakan tidak bijak,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Annuar turut berkata, UMNO tidak menafikan Barisan Nasional (BN) akan ada gabungan baru atau kerjasama dengan pihak lain untuk memperkuatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita tidak boleh nafikan pakatan yang sedia ada (BN) mungkin tidak dapat bertahan untuk lagi dua tahun (pilihan raya dijangka 2018). Ia mungkin berubah kerana tempoh dua tahun jangka masa yang lama dalam politik,” katanya.

Dalam temubual bersama Sinar Harian itu, Annuar turut menjelaskan bahawa ekonomi negara paling baik di bawah pentadbiran Najib berbanding Presiden-preisden UMNO sebelum ini.

Beliau memberi contoh ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, ekuiti Bumiputera pada tahap 18.7 peratus dan peratusan itu tidak berubah sehingga Dr Mahathir bersara pada 2003.

“Tidak ada sebarang peningkatan dalam tempoh 22 tahun. Malah beliau (Dr Mahathir) menangis atas pentas, kata tidak berjaya membantu orang Melayu tetapi beliau pandai pusing cerita dan letak kesalahan pada orang Melayu.

“Kalau kita nak pusing cerita dia pula, nak salahkan kaum Melayu buat apa? Dia yang jadi Presiden untuk 22 tahun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");