Panasnya Hari Ini

Tun M Letak Jawatan, Tidak Akan Menjejaskan Proton

KUALA LUMPUR:Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan bahawa perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton tidak akan menjejaskan syarikat itu atau penjualan keretanya.

Ujarnya lagi, Protin dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah dan ia tidak mengira siapapun pengerusinya.

“Syarikat ini dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah. Jadi, ia tidak kira siapa (pengerusi).

“Mungkin beliau menyedari bahawa tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada orang lain,” katanya memetik sumber Mstar online.

Beliau turut menegaskan bahawa perubahan persepsi kepada syarikat itu berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir juga adalah bergantung.

“Tetapi mereka (di dalam Proton) fikir ia adalah baik untuk syarikat,” katanya.

Jelasnya lagi, perletakan jawatan itu merupakan hak Dr Mahathir jika keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada isu politik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");