Sukan Hari Ini

Alli terlepas baki aksi musim ini

London: Pemain tengah Tottenham Hotspur Dele Alli tidak akan bermain pada baki perlawanan musim ini selepas dia dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris gara-gara salah laku.

Pemain berusia 20 tahun itu yang dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan minggu lalu, dikenakan hukuman gantung selepas menumbuk perut Claudio Yacob ketika pasukannya seri 1-1 dengan West Brom, Isnin lalu.

Justeru, dia akan terlepas baki tiga perlawanan menentang Chelsea, Southampton serta Newcastle ketika skuad kendalian Mauricio Pochettino itu sedang berusaha memburu kejuaraan.

“Dele Alli akan menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta selepas dia mengaku atas kesalahan yang tidak dilihat pengadil tapi berjaya dirakam video,” kata FA Inggeris dalam satu kenyataan.

“Pemain itu menerima hukuman yang dikenakan FA tapi dia membantah penggantungan automatik tiga perlawanan sebagai agak keterlaluan.

“Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak selepas Jawatankuasa Peraturan Bebas mengadakan mesyuarat semalam (kelmarin).”

Alli yang diikat dari kelab divisyen tiga Milton Keynes Dons tahun lalu, muncul antara pemain yang meningkat musim ini dan menjaringkan 10 gol serta dijangka dipilih Roy Hodgson untuk mewakili England pada kempen Euro 2016.

Dalam laman Twitter miliknya, Alli menulis: “Anggap saja musim saya sudah berakhir. Saya tidak sepatutnya berbuat demikian. Saya akan belajar daripada kesilapan ini dan kembali dengan minda lebih kuat musim depan.”
– AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");