Berita Hari Ini

Kerajaan belanja RM5b bina jalan di Sarawak

BAU – Kerajaan telah membelanjakan RM5 bilion untuk pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada di Sarawak dalam tempoh enam tahun sehingga sekarang.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, jumlah itu, bagaimanapun tidak termasuk peruntukan RM16.4 bilion untuk projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Menurutnya nya, perbelanjaan yang besar untuk pembinaan dan kerja menaik taraf jalan raya membuktikan komitmen kerajaan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar bagi merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah kepada 75 pemilik tapak rumah di Kampung Suba Bandar di sini, hari ini.

Ditanya tindakan pemilik tanah dari Simpang Nyabau ke Bakun yang enggan menyerahkan tanah masing-masing untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Manyin berkata rundingan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, pampasan yang sewajarnya akan dibayar kepada pemilik tanah yang membenarkan pengambilan tanah mereka untuk projek berkenaan.

Katanya kerajaan telahpun membayar sejumlah RM800 juta nilai pampasan kepada pemilik-pemilik tanah terlibat.

Mengulas pemberian surat hak milik tanah untuk tapak rumah di kampung-kampung asal masyarakat Bidayuh oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Manyin berkata proses berkenaan akan diteruskan.

“Pemberian surat hak milik tanah kepada pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masyarakat Bidayuh sangat perlu kerana tanah adalah satu-satunya harta masyarakat itu,” katanya.

Beliau berkata dengan memiliki surat hak milik tanah, masyarakat Bidayuh boleh mencagarkan tanah mereka kepada bank dan institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");