Panasnya Hari Ini

Arul Setuju Debat Dengan Tony Pua

KUALA LUMPUR: Cabaran untuk berdebat yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Arul Kanda berkata, ia merupakan kali pertama seorang ‘hakim DAP’ Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu mengadakan debat dengan seorang ‘defendan’ selepas prosiding tamat serta laporan PAC dwipemihak dan kolektif dibentangkan

“Untuk mengelak dimalukan buat kali kedua, saya harap YB Tony periksa dulu dengan Speaker Dewan Rakyat, sebelum membuat cabaran debat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Namun begitu, beliau mempersoalkan niat Tony Pua mahu berdebat dengannya, walaupun beliau tidak mempercayai kata-katanya.

Jelas Arul Kanda, ramai pemimpin DAP termasuk Tony yang menggelarnya penipu dan tidak mempercayai kata-katanya.

“Jadi, kenapa mahu berdebat, apabila anda tidak akan dengar atau percaya apa yang saya akan katakan,” soalnya.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");