Panasnya Hari Ini

Banyak Kebaikan Jika UMNO – PAS Bentuk Kerajaan Campuran – Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR: Pendakwah Islam terkenal dunia, Dr Zakir Naik berkata, dalam memacu Malaysia ke hadapan serta memperkukuhkan Islam di negara ini, PAS dan UMNO perlu mewujudkan kerajaan campuran.

Ujarnya, beliau tidak mencadangkan agar kedua-dua parti politik Islam utama negara ini bergabung, sebaliknya lebih baik jika PAS dan UMNO membentuk kerajaan campuran yang akan memberi banyak kelebihan kepada Malaysia.

“Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah…(jika tidak) mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.

“Namun jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam,”ujarnya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, ‘Persepsi’, di sini,pada Selasa.

Terdahulu, Dr Zakir Naik yang kini dalam siri jelajah di seluruh negara dituduh oleh beberapa pihak kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, beliau turut bertemu dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Zakir berkata, beliau percaya bahawa kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Dalam masa yang sama, pendakwah dari India itu berkata, mungkin ada beberapa pihak di negara ini yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");