Panasnya Hari Ini

Bebas Anwar, Fikir Apa Yang Tersirat Dan Tersurat – Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Naib ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meminta agar rakyat memikirkan apa yang tersirat atau tersurat menerusi tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri beberapa program yang menyokong pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, Khairuddin berkata, kritikan-kritikan pemimpin PKR terhadap Tun Mahathir perlu dihentikan dengan kadar segera.

“Jika Mahathir mengambil sikap berterusan menyerang Anwar, sudah tentu beliau tidak akan berkolaborasi dengan semua pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Beberapa program yang dianjurkan oleh PH, contohnya yang dianjurkan oleh Rafizi Ramli di Pandan secara terang-terangan merupakan sebuah program untuk membebaskan Anwar. Tetapi Mahathir juga menghadiri program itu. Jadi apa maknanya?

“Fikirkan secara tersurat dan tersirat. Saya minta semua rakyat berfikir. Kita jangan cepat melatah kerana banyak yang tidak bertanggungjawab cuba memecahbelahkan perpaduan kami hari ini,”ujarnya, lapor Antarapos.

Terdahulu, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir walaupun terdapat beberapa pemimpin partinya bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Deklarasi Rakyat.

Ketua Cabang PKR Balik Pulau, Datuk Halim Hussein pula mendesak agar Tun Mahathir menghentikan segala kritikan terhadap Anwar dengan menyifatkan tindakan bekas Presiden UMNO itu menonjolkan ‘percanggahan’ dan tidak membantu kepada kejayaan Deklarasi Rakyat.

Dalam satu program, Tun Mahathir enggan menyatakan sokongan beliau terhadap pembebasan Anwar dan meminta agar semua pihak berhenti mendesak beliau memohon maaf.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");