Jenayah

Seorang maut, 5 cedera letupan gas dalam kapal

BUTTERWORTH: Seorang maut manakala lima cedera selepas dipercayai terkena letupan gas dalam sebuah kapal di perairan Pulau Pinang, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.45 malam.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak pengurusan kapal berkenaan meminta JPAM menunggu di Pelabuhan Dermaga Dalam sejam kemudian.

“Kapal mula merapati pelabuhan pada jam 11.30 malam dan meminta pasukan keselamatan naik untuk memberi bantuan kecemasan.

“Semua mangsa dibawa turun dari kapal sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, semua mangsa dipercayai terdiri daripada pekerja warga negara asing.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145192

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");