Panasnya Hari Ini

Bekas CEO 1MDB Perlu Disiasat- Zahid

KUALA LUMPUR:Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi disiasat atas saranan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ujarnya, PAC memberi saranan supaya Shahrol dipertanggungjawabkan keatas kelemahan dan kekangan yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad.

“Penelitian harus dibuat keatas syor yang dibuat jawatankuasa (PAC), termasuk badan penguatkuasaan yang perlu lakukan siasatan terhadap mantan CEO yg telah menguruskan badan ini.

“Tentunya jawatankuasa ini telah meneliti terdapat beberapa urus niaga yang dijalankan tak berdasarkan kepada daya urusniaga (viability) sesuatu projek itu.

“Disamping itu kita tahu tuduhan yang mengatakan ada tangan ghaib yang memperolehi faedah atau lakukan pengarahan sesuatu transaksi urusniga laporan PAC jelas menyatakan sebaliknya,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau yang juga selaku Timbalan Perdana Menteri menggesa semua pihak supaya menerima laporan PAC keatas 1MDB yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini sebagai laporan rasmi, terutamanya wakil rakyat pemerintah dan pembangkang.

Tegasnya lagi, isu tersebut tidak akan dipolitikkan lagi malah ketika ditanya samada beliau pernah membincangkaan laporan 1MDB ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau menjawab tidak.

“Dalam perkara ni kita hendaklah serahkan kepada pihak berkuasa lakukan siasatan agar perkara yang disyorkan oleh PAC dapat diteliti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");