Panasnya Hari Ini

Khairuddin Nasihat Nazri Aziz Jangan Terlalu Angkuh

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegur Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya tidak terlalu angkuh dengan mengeluarkan kenyataan `biadap’ kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, kenyataan Nazri bahawa Dr Mahathir seorang ahli politik ‘low class’ disifatkannya sebagai ‘kurang ajar’.

“Nazri Aziz ini jangan syok sendiri. Bagi tahu Nazri ini bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan tongkat dunia sampai bila-bila.

“Apabila Allah SWT kata masa dia sudah sampai untuk turun maka Najib Razak pun akan turunlah nanti.

“Apabila perkara ini berlaku kelak, InsyaAllah pada waktu itu saya nak tengok Nazri Aziz ini akan berada di mana? Sekarang dia boleh `loyar buruk’ cakap banyak. Tapi yakinilah pada suatu hari nanti dia akan tahu erti langit tinggi rendah,” katanya menerusi catatan beliau di laman Facebook.

Khairuddin berkata demikian mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Dr Mahathir sebagai ahli politik low class apabila menghalalkan apa saja cara asalkan niat menjatuhkan Najib tercapai termasuk bergabung dengan pembangkang.

Dalam pada itu, Khairuddin turut mempelawa Nazri untuk makan durian bersamanya di Hartamas.

“Insya-Allah nanti saya nak belanja Nazri untuk makan durian dengan saya di Hartamas di tepi jalan berhadapan dengan tapak kafe Uncle Don yang lama.

“Sambil makan durian bolehlah saya nak bersembang santai dengan Nazri menyingkap cerita-cerita lama yang menggembirakan serta yang menyayat hati. Kadang kala seronok juga berborak cerita lama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");