Membawang Hari Ini

Beranikan diri ambil risiko

Tidak menyangka bakal terbabit dengan dunia glamor, peserta terbaik program realiti Clever Girl Malaysia, Sarah Adibah Mohammed Yussof, 26, atau Sarah akur dengan sebarang kritikan yang mungkin diterima.

Mengakui sejak awal terbabit dalam program berkenaan banyak komen negatif diterima, Sarah jelaskan misinya atas sebab positif iaitu mencabar diri.

“Saya menyertai program ini kerana tertarik dengan pengisiannya yang menguji minda setiap peserta.

“Tidak pernah terfikir pula program ini akan membuatkan saya dikenali sehingga menjadi sebutan di laman sosial. Mungkin juga kerana tempias program ini yang menjadi isu berikutan beberapa peserta kurang bijak menjawab soalan mudah,”katanya.

Sarah berkata, sebagai seorang peserta, dia melalui situasi sama namun berharap masyarakat tidak terus mengecam.

“Berilah peluang untuk kami memperbaiki persembahan supaya lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sarah berkata, dia sendiri mengambil risiko menyertai program itu kerana yakin akan menjadi program yang dibanggakan satu hari nanti.

“Kami tidak ada pengalaman dalam bidang ini dan masing-masing ada kerjaya sendiri.

“Mungkin apa yang terjadi kerana gemuruh sehinggakan jawapan yang mudah menjadi sukar,” kata anak keempat daripada enam beradik ini.

Masih bekerja sebagai jurutera operasi di Kota Kinabalu, Sabah, Sarah juga pada mulanya tidak menghebahkan penyertaannya kepada rakan sekerja.

“Saya bukanlah orangnya yang suka menghebohkan sesuatu yang tidak pasti. Disebabkan itulah sepanjang menyertai uji bakat program ini saya mendiamkannya daripada pengetahuan kawan.

“Mereka semua tahu selepas melihat wajah saya terpampang di akhbar. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ibu dan ayah kuat menyokong,” katanya.

Sarah menjadi perhatian apabila menjadi pemenang mingguan selama tiga minggu berturut-turut.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");