Sukan Hari Ini

Irfan cabar Fighters kekal di puncak

Kuala Lumpur: Berada di singgah sana saingan Liga Super selaku pendahulu ketika ini bukan sesuatu yang boleh diambil ringan sebaliknya pengendali FELDA United Irfan Bakti Abu Salim mencabar anak buahnya untuk terus mengekalkan kedudukan itu selama mungkin.

Irfan berkata, biarpun situasi semasa jelas menggembirakannya, namun beliau tidak mahu pemainnya terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan itu.

“Jurang kami dengan pasukan di tangga kedua hanya kecil cuma satu mata saja, jadi pemain harus kekal fokus dan beri aksi yang konsisten dalam setiap perlawanan bagi memastikan kedudukan kami kekal di atas.

“Apapun, banyak lagi yang perlu ditingkatkan kerana kami akan jumpa PDRM (Polis Diraja Malaysia), Rabu ini. Walaupun kami pendahulu, tapi saya tidak mahu pemain mendabik dada, sebaliknya kena berusaha lebih keras lagi,” katanya semalam.

Skuad The Fighters yang berjaya membenam juara Piala Malaysia Selangor 3-1 pada 8 April lalu, bagaimanapun tetap berwaspada menanti kunjungan pasukan The Cops yang diakui Irfan cukup liat.

“PDRM ketika ini berada di tangga ketiga liga walaupun suatu ketika duduk di kelompok bawahan.

“Malah kejayaan mereka mencatat beberapa keputusan mengejutkan sebelum ini adalah petanda kami tidak harus mengambil mudah cabaran mereka.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");