Panasnya Hari Ini

Beri Peluang Kepada Zahid Jadi PM – Bekas Menteri

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui negara bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rakyat telah lama melalui kemelut yang berlaku dalam negara termasuklah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa semua pihak mesti bergerak ke hadapan, tetapi bukan bersama Najib.

“Beliau (Ahmad Zahid) perlu beritahu perdana menteri, dengan tegas, bahawa peralihan kuasa perlu mengambil tempat sebaik sahaja pilihan raya negeri Sarawak selesai, tidak boleh tunggu walaupun untuk sehari lebih lama.

“Beliau mesti meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, walaupun ini bermakna mengambil sebarang langkah yang akan meletakkan diri beliau dalam risiko. Beliau perlu menjalankan ‘pemberontakan’ ini,”katanya, lapor Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, Zaid turut berkata, meskipun Ahmad Zahid mungkin tidak demokratik dan tidak kelihatan ‘bersih’, tetapi selagi rakyat berpegang kepada prinsip Parlimen bahawa parti majoriti yang seharusnya memerintah, maka semua pihak perlu menerimanya sebagai perdana menteri yang baru.

“Pemimpin UMNO yang terus berkata berikan Najib peluang sekali lagi perlu menyusun semula kata-kata mereka..beri Zahid peluang,”ujarnya.

Mengakui bahawa dirinya tidak begitu mengenali Ahmad Zahid secara dekat, Zaid pasti bahawa adalah sukar untuk Timbalan Perdana Menteri itu menjadi lebih teruk daripada perdana menteri hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");