Berita Hari Ini

Kerajaan peruntuk RM60 juta sebagai geran R&D

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), memperuntukkan sebanyak RM60 juta sebagai geran untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengkomersialan produk bagi 2016.

Daripada jumlah itu, RM40 juta diperuntukkan untuk pengkomersialan dana R&D tempatan, Dana Pengambilalihan Teknologi (RM10 juta) dan Dana Permulaan Perniagaan (RM10 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, dana itu penting untuk syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan dan luar negara.

“Agensi akan bertindak sebagai pengantara untuk mendorong lebih banyak kerjasama antara syarikat tempatan dan asing. Ini terutamanya bagi pemindahan teknologi dan peluang untuk mencari rakan kongsi untuk masuk pasaran baharu,” katanya kepada pemberita di luar Business Meeting Asia 2016 di sini hari ini.

MTDC, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, bertanggungjawab dalam menggalakkan penggunaan teknologi oleh syarikat tempatan melalui pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan atau pengambilalihan teknologi asing.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan menggandakan geran untuk R&D dan pengkomersialan kepada RM500 juta, berbanding RM297 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");