Membawang Hari Ini

Bulan ketujuh hamil, Hanis Zalikha masih alami alahan

KUALA LUMPUR: Bukan berahsia, cuma belum tiba masanya berkongsi jantina anak sulung yang dijangka dilahirkan pada tarikh yang sama dengan hari perkahwinannya iaitu 5 Jun, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha terus diuji ketika kandungannya mencecah usia tujuh bulan.

Isteri kepada pelakon, Hairul Azreen itu berkata, dirinya terus berdepan dengan alahan apabila sering loya dan muntah pada setiap pagi yang sering dialami wanita hamil, terutama pada trimester pertama.

“Ia agak mencabar kerana saya belum biasa berdepan dengan situasi ini. Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami alahan teruk pada trimester kandungan tetapi saya pula hingga ini, masih muntah-muntah. Cuak juga tetapi saya cuba cekalkan diri dan menganggap ia sebagai ujian Allah.

“Pernah saya bertanya ibu, tetapi dia hanya melalui alahan teruk pada trimester pertama. Ibu mentua pula sudah lupa pengalaman itu kerana melahirkan anak terakhir 28 tahun lalu. Saya anggap semua ini sebagai dugaan ketika mengandung, mungkin Allah ingin pemudahkan semua urusan saya ketika bersalin kelak, insya-Allah,” katanya.

Ditemui ketika melancarkan koleksi pakaian raya, His & Her kolaborasinya bersama suami di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pelakon drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu masih aktif melunaskan pelbagai perancangan perniagaan ketika kandungannya semakin sarat.

“Memang saya tidak boleh duduk diam, biarpun perut semakin membesar. Harapnya anak yang bakal lahir ini akan menerima tempias semangat saya yang tidak pernah berhenti bekerja. Saya masih keluar rumah menghadiri mesyuarat dan menguruskan hal berkaitan perniagaan,” katanya yang sebelum ini memperkenalkan tudung jenama, Keknis pada hujung tahun lalu.

Ditanya mengenai kerjaya seni selepas melahirkan anak nanti, Hanis berkata, dirinya mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara yang tidak memerlukan banyak masa di luar.

“Ketika ini, saya ingin memberikan fokus kepada perniagaan kerana masih banyak lagi yang ingin diteroka. Insya-Allah, selepas memperkenalkan koleksi pakaian raya, kami akan keluarkan produk baharu yang lain. Saya belum pasti apakah masih akan meneruskan kerjaya seni, terutama lakonan.

“Apabila mempunyai anak nanti, mungkin saya akan tangguhkan dulu minat terhadap lakonan kerana ia banyak menuntut masa di luar. Pengacaraan pula bersifat lebih fleksibel dan saya akan pertimbangkan jika menerima tawaran yang bersesuaian. Suami pun bersetuju jika saya tidak terlalu aktif berlakon sangat.

“Pembabitan dalam dunia perniagaan ini seperti memberi isyarat kepada saya untuk mengutamakan apa yang perlu,” katanya.

Mengenai koleksi raya, Hanis berkata, himpunan Her yang mengetengahkan rekaan baju kurung dan kebaya, manakala His menampilkan jubah serta baju Melayu boleh didapati secara dalam talian atau menerusi stokis di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/144376

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");