Panasnya Hari Ini

Debat Rahman Dahlan-Guan Eng: TV3 Tunda Siaran

KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad bersetuju untuk menunda waktu siaran debat diantara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.

Menurut Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasanya, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, keputusan tersebut dibuat untuk menghormati pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki.

Jelasnya, ia supaya tidak menganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan menunda debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.

“TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Datuk Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan banglo milik Guan Eng di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Free Malaysia Today.

Beliau turut menyatakan bahawa Media Prima juga akan menunda debat itu sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Terdahulu, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan kesediaan untuk menyiarkan secara langsung debat antara Rahman Dahlan dan Guan Eng mengenai isu berkenaan di saluran televisyen masing-masing.

Namun begitu, Khalid berkata, sekiranya debat itu dibenarkan, maka ia akan menjejaskan siasatan dan prejudis terhadap kes ini.

Beliau berkata, Rahman Dahlan yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) sepatutnya menyerahkan bukti mengenai kes penjualan tanah di Pulau Pinang kepada pihak polis atau SPRM dengan secepat mungkin untuk disiasat sekiranya beliau memilikinya.

Gambar: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");