Panasnya Hari Ini

Campur Tangan Asing Tidak Akan Berjaya Jatuhkan PM

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan keyakinan bahawa usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui campur tangan asing tidak akan berjaya.

Beliau juga percaya tidak ada apa yang boleh dilakukan pihak luar kepada negara, khasnya dalam menjatuhkan kerajaan jelasnya sambil mempersoalkan tindakan yang digerakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“…dulu masa beliau (Tun Dr Mahathir) jadi ketua kerajaan, beliau menentang keras sebarang campur tangan asing dalam urusan kerajaan pimpinannya,” katanya mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahu pihak asing campur tangan dalam usahanya menjatuhkan Najib.

Beliau turut percaya usaha itu lebih kepada memenuhi dendam Tun Dr Mahathir kepada Najib, berbanding kepentingan rakyat, seperti yang didakwanya.

Beliau turut mengulas mengenai tindakan kerajaan Sarawak menghalang beberapa individu atau pemimpin parti politik daripada memasuki negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) adalah bertepatan untuk mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Tambahnya lagi, perkara yang penting kini adalah semua pihak perlu hormati perjanjian yang dipersetujui bersama Sarawak dan Sabah semasa mewujudkan Malaysia pada 1963 yang memberikan kelebihan tertentu kepada negeri itu.

“Sudah tentu ada asasnya mengapa kelebihan itu diberikan, malah atas sifat hormat itu, saya menyokong tindakan kerajaan negeri mengharamkan individu-individu yang mereka dapati berpotensi untuk menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak,” katanya memetik sumber Bernama.

Media sebelum ini melaporkan anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dihalang daripada memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu kira-kira pukul 7.40 malam.

Beberapa pemimpin parti politik juga dilarang memasuki Sarawak baru-baru ini antaranya Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");