Sukan Hari Ini

Foxes tempah slot Liga Juara-Juara

LEICESTER City memahat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya berjaya layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Kejayaan itu disahkan selepas kemenangan 2-0 ke atas Sunderland kelmarin dan kekalahan 0-3 penghuni tangga kelima Manchester United kepada Tottenham Hotspur.

Ia sekaligus menjamin tempat Leicester untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas dan meraih salah satu slot ditawarkan ke Liga Juara-Juara.

“Memastikan tempat ke Liga Juara-Juara merupakan cabaran baharu kepada kami.

Tapi kami tetap perlu fokus dan tidak mahu menganggap layak ke Liga Juara-Juara sebagai satu kejayaan,” kata pengendali Leicester, Claudio Ranieri.

Sementara itu, dua gol hasil ledakkan ayam tambatan Leicester, Jamie Vardy memastikan The Foxes terus kekal di kemuncak Liga Perdana Inggeris dan peluang pasukan tersebut menjuarainya semakin cerah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");