Panasnya Hari Ini

Ceramah Dr Zakir Naik: Kontroversi di Malaysia Sudah Dijangka

KUALA LUMPUR: Pengarah Program Ceramah Umum Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz berkata bahawa kontroversi yang timbul berkaitan dengan ceramah yang disampaikan oleh pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik sudah dijangka.

Memetik laporan Sinar Online, beliau berkata pernah mendapat tentangan daripada beberapa pihak yang membantah kehadirannya ke negara ini dalam Siri Jelajah Dr Zakir Naik pada tahun 2012 yang lalu.

Jelasnya, perkara yang sama telah dijangka akan berulang pada penganjuran kali ini.

“Tapi ketika itu, kami menjemput mereka yang membantah untuk menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama. Mereka hadir dalam mesyuarat itu dan setelah berbincang serta mendengar penjelasan daripada pihak kami tentang isu-isu yang dibangkitkan, mereka dapat menerimanya.

“Rupa-rupanya maklumat-maklumat yang mereka perolehi tersebut adalah tidak benar dan berdasarkan maklumat itu, pihak berkenaan menjadi marah dan mengambil pendekatan untuk membantah kehadiran beliau pada masa berkenaan,”katanya, lapor Sinar Online.

Sementara itu, Abu Shariz memaklumkan bahawa hanya segelintir pihak sahaja yang membantah kehadiran Dr Zakir Naik demi agenda tersendiri untuk siri jelajah pada kali ini.

“Macam mana nak bagi penjelasan kalau mereka tak datang untuk berbincang. Namun apa yang penting pada masa ini pihak-pihak tersebut patut berhenti menyebarkan perkara-perkara tidak sahih terutamanya berbentuk provokasi,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr Zakir Naik berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selepas tajuk forumnya “Persamaan Antara Hinduisme dan Islam” telah mencetuskan kontroversi.

Walaubagaimanapun, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan forum agama pada Ahad ini diteruskan dengan syarat tajuk asal program itu perlu ditukar selepas mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan daripada masyarakat Islam negara ini, .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");