Jenayah

Ibu bapa, waris Sara, Harris dicari

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencari ibu bapa atau waris dua kanak-kanak yang ditinggalkan kepada keluarga angkat.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Harris Danial, 6, dan Sara Ariana Abdullah, 6.

Ketua Bahagian Kanak-Kanak JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norazimah Yusoh berkata, Muhammad Harris diserah oleh ibu kandungnya ketika baru dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Februari 2009 kepada pasangan suami isteri.

Menurutnya, semenjak itu, ibu kandung kanak-kanak tersebut tidak pernah datang melawat.

“Ibu kandung kanak-kanak tersebut dikenali Ak Yani Mohd Ali, 34, dengan alamat terakhirnya di Blok 20, tingkat 6, Bukit Angkasa, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Sara Ariana pula diserah oleh ibu kandungnya pada awal tahun 2014 kepada keluarga angkat ketika berusia lima tahun.

Katanya, ibu kandung Sara dikenali Norhayati Shamsuddin, alamat terakhir Taman Wilayah, Selayang.

“Untuk makluman, kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 16 Mei 2016. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak JKM, Othman Ismail, di talian 03-2612 4000 atau 03-2612 4036,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");