Panasnya Hari Ini

Ceramah Dr Zakir Naik: Ramasamy Patut Hadir

KUALA LUMPUR: Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah memberi cadangan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang menjemput Dr Zakir Naik untuk mengadakan ceramah di negeru tersebut seperti yang dilakukan di negeri-neger lain.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau juga menyarankan agar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy untuk turut menghadiri majlis ceramah penceramah terkemuka itu.

Tegasnya, Ramasamy perlu meminta maaf kepada pendakwah itu dan umat Islam secara terbuka.

“Tindakan Ramasamy yang menggelar Zakir sebagai satan mungkin telah melukai perasaan jutaan umat Islam di negara ini. Hal ini kerana Zakir merupakan seorang tokoh cendekiawan Muslim yang disanjung dan dihormati oleh umat Islam di seluruh dunia.

“Jadi dengan menjemput Zakir ke Pulau Pinang, Ramasamy boleh mengambil peluang ini untuk meyakinkan umat Islam bahawa beliau memang jujur dan ikhlas dalam permohonan maafnya,” katanya, lapor Sinar harian.

Terdahulu, Ramasamy mengakui telah merujuk kepada pendakwah terkenal dari India itu dengan menggunakan gelaran ‘Satan’.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menyatakan kekesalan dengan tindakannya yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");