Jenayah

Dua ditahan, dadah RM45,000 dirampas

Bukit Mertajam: Lelaki tempatan dan wanita warganegara China ditahan di kondominium di Prai, Rabu lalu kerana disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, nilai rampasan pelbagai jenis dadah itu dianggarkan RM45,000.

Katanya, antara dadah yang dirampas ialah ketamin, ganja, syabu dan peralatan memproses dadah.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu ditahan direman sehingga 20 April ini,” katanya pada sidang media hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");