Panasnya Hari Ini

Dakwaan Ahli Pas Keluar Parti: Husam Nafi Miliki Pengaruh Besar

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa  beliau tidak mempunyai pengaruh besar sehingga mampu menjejaskan Pas termasuk membawa keluar 10 Adun Kelantan seperti dakwaan yang tersebar baru-baru ini.

Husam yang kini dihadapkan ke jawatankuasa disiplin Pas meminta agar Pas berlaku adil terhadapnya, meskipun beliau tidak lagi mempunyai jawatan dalam parti.

“Saya tidak berpengaruh, cuma apa pun Pas kena berlaku adil kepada saya, tidak boleh kerana saya hanya orang kecil, boleh buat sesuka hati,”katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mendakwa terdapat 10 Adun Pas Kelantan yang akan bertindak keluar daripada PAS sekiranya Husam dipecat.

Wan Rahim juga turut mendakwa Pas dikatakan tidak berani mengambil tindakan drastik terhadap Husam termasuk memecat beliau kerana bimbang pengaruhnya mampu memecahkan parti.

Jelasnya lagi, sekiranya Pas menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan, beliau yakin akan dibebaskan sepenuhnya dari tuduhan tersebut.

“Bagaimanapun, apa pun keputusan Pas sama ada dipecat atau digantung saya akan merayu,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");