Sukan Hari Ini

Dapat rentak

Shah Alam: Perenang meningkat naik Wong Fu Kang (gambar) mempamerkan peningkatan memberangsangkan dalam acara 100 meter renang kupu-kupu apabila melakarkan catatan terbaik peribadi di Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan semalam.

Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga apabila merekodkan 57 minit 57 saat, tewas kepada perenang Sabah Eric Tan yang mencatatkan 57.38s dan Foong Wei Tze dari Melaka kedua, (57.48s), Fu Kang berkata penyertaan dalam acara itu adalah sekadar mendapatkan rentak sebelum turun dalam acara kegemarannya 100m kuak dada.

Berjaya melepasi syarat kelayakan ke Olimpik bagi Kategori B dalam acara 100m kuak dada, Fu Kang sebelum ini meraih satu emas dalam acara 100m rampaian lelaki pada hari pertama kejohanan.

Begitupun Fu Kang berkata, dia perlu bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum turun dalam acara kegemarannya esok.

“Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga saya berpuas hati dengan masa dicatatkan kerana ia catatan terbaik peribadi dalam acara 100m renang kupu-kupu terutama ketika saya tidak sihat sepenuhnya kerana demam akibat perubahan cuaca.

“Saya harap dapat melakukan catatan lebih baik Ahad ini dalam acara 100m kuak dada,” katanya yang berpangkalan di Phuket Thailand.

Menghadiahkan emas di temasya Sukan SEA Singapura dalam acara 100m kuak dada, perenang kelahiran Johor itu turut cemerlang dengan menghadiahkan emas di Kejohanan Sukan Komanwel Belia di Samoa tahun lalu dalam acara sama.

Fu Kang antara lima perenang yang sudah melepasi syarat kelayakan bagi Kategori B selain Khoo Cai Lin, Phee Jinq En, Kevin Yeap dan Welson Sim dalam acara 100m gaya bebas.

Sementara itu semalam yang juga hari kedua pertandingan, tidak ada sebarang keputusan memberangsangkan dilakarkan apabila tiada berjaya melayakkan diri ke temasya Olimpik atau mencatatkan rekod baru kejohanan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");