Panasnya Hari Ini

PAS Tetap Kukuh Walaupun Selepas Ketiadaan Nik Aziz

KUALA LUMPUR : Walaupun selepas ketiadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS tetap berdiri teguh dan kukuh, bahkan struktur organisasi parti itu tidak pernah lemah.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS kini masih sama dari segi organisasinya sewaktu parti Islam itu dibawah kepimpinan Nik Abdul Aziz.

“Kekuatan PAS juga tidak terjejas walaupun berlaku perpecahan di mana ahli PAS keluar dan membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH), begitu juga dengan masalah dalaman yang melanda parti ketika ini.

“Jika dibandingkan dengan UMNO, masalah mereka lebih berat. Kita masih mampu kawal masalah,” katanya, lapor Antarapos.

Terdahulu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ketiadaan Nik Abdul Aziz dan masalah dalaman PAS Kelantan adalah  peluang terbaik buat UMNO tawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Berikutan iti, Mohd Amar berkata, PAS sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk menentang UMNO di Kelantan.

“PAS sentiasa bersedia jika Umno melancarkan serangan terhadap Kelantan.

“Kita juga yakin bahawa Kelantan akan kekal di bawah pentadbiran PAS pada pilihan raya umum dan boleh membawa kemajuan di luar kerajaan Kelantan,” katanya.

Sementara itu, berkaitan pembangunan negeri, Mohd Amar berkata, jaringan jalan raya termasuk kemudahan asas tidak perlu timbul, dan mengenai lebuh raya ia kini sedang dibangunkan oleh Kerajaan Pusat.

“Sesiapa pun yang memerintah kerajaan negeri, Kerajaan Pusat tetap mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya.

“Jadi Annuar harus faham bidang tugas antara kerajaan negeri dan pusat. Jangan bercakap macam JKK kampung.

“Soal royalti pula ia sudah disebut dalam perjanjian.  Jadi Kerajaan Pusat harus menghormati apa yang termaktub dalam perjanjian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");