Panasnya Hari Ini

Deklarasi Kedah Desak MT, Lembaga Disiplin UMNO Pecat Muhyiddin, Mukhriz

KUALA LUMPUR: Antara intipati Deklarasi Kedah yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah mendesak agar Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO memecat anggotanya yang terlibat dengan Deklarasi Rakyat yang didakwa bersekongkol dengan pembangkang.

Antara individu yang dinamakan dalam Deklarasi tersebut ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

“Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri yang dipilih secara demokratik,”menurut deklarasi tersebut, lapor Malaysiakini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah juga difahamkan turut bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyerahkan deklarasi tersebut yang turut menyatakan sokongan terhadap Najib yang juga Presiden UMNO.

Ahmad Bashah berkata, deklarasi itu turut disokong oleh semua UMNO Bahagian di Kedah.

“Kita buat deklarasi hari ini dengan kehadiran semua ketua UMNO Bahagian, ADUN, ahli parlimen UMNO dan senator UMNO termasuk ketua Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO negeri mewakili Kedah.

“Deklarasi ini dibuat untuk nyatakan pada orang ramai bahawa Kedah bersama dengan perdana menteri,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");